Monday, 13 August 2012

salam aidilfitri...


salam aidilfitri... maaf zahir dan batin....



ucapan nie sy nk tujukan kepada kedua ibu bapa saya,dan kedua mentua sy..
abang kakak adik2,makcik dan pakcik dan pakcik..dan tak lupa juga kepada semua sahabat2 yang tercinta...

love you so much....

Friday, 22 June 2012


‎8 Ganjaran Buat Isteri Yang Solehah


Assalamualaikum, sekadar perkongsian buat para isteri serta bakal isteri dan semua yang bergelar wanita. InsyaAllah:::

gambar hiasan...hehehe..

 



1) “Sekali suami minum air yang disediakan... oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”.


2) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”


3) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.


4) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.


5) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.


6) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.


7) “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)


8) “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yang difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”.


Dan ingatlah wahai wanita, semua itu terangkum di dalam suatu perkataan iaitu "TAAT"...

(Hadis riwayat Anas Bin Malik)

Saturday, 16 June 2012

SAYANG ABAH...



ASSALAMUALAIKUM... semua...
sempena hari bapa nie lyea nk mengucapkan selamat hari bapa kepada semua kaum bapa... xspesially kepada abahku yang di sayangi  setiap detik dan waktu...








SELAMAT HARI BAPA 2012
Tahukah anda bahawa 17 jun 2012 ini merupakan hari bapa.Tak kisah kalau anda panggil Ayah,Walid,Abah atau dengan panggilan lain terhadap orang yang memelihara kita dari kecil hingga besar dengan penuh kasih sayang yang tidak ternilai harganya.
Kepada yang masih mempunyai Ibubapa,jagalah mereka sebaik mungkin,balas lah jasa kedua Ibubapa,walaupun tidak mampu membalasnya sepertimana mereka menjaga,membesarkan kita dan memberi didikan yang sempurna.
Apa yang pasti, alangkah bahagianya jika ada orang yang peka dengan apa yang kita suka atau tak suka. Lebih-lebih lagi jika kepekaan itu datang dari seorang anak. Anak tahu apa kesukaan ibu bapanya, lalu itulah yang dia buat. Dia tidak buat sesuatu yang dia tahu ibu bapanya tak suka. Dia juga tahu apa makanan kesukaan ibu bapanya, tempat yang ibu bapanya suka pergi dan sebagainya.




“Berikan kasih sayang secukupnya dan buat yang terbaik kepada Ibu bapa sementara mereka masih ada,kelak mereka sudah tiada lagi,pada saat itu pasti kita akan merasai satu kehilangan yang besar,dan timbul perbagai penyesalan dan pada saat ini sudah terlambat”
Ketika berjauhan..
Masihku rasa hangat kasihmu ayah
Betapaku rindukan redup wajahmu
Hadir menemaniku
Terbayang ketenangan
Yang selalu kau pamerkan
Bagaikan tiada keresahan
Walau hatimu sering terluka
Tika diriku terlanjur kata
Tak pernah sekali kau tinggalkan
Diriku sendirian
Ketika ku dalam kedukaan
Kau mendakap penuh pengertian
Di saat diriku kehampaan
Kau setia mengajarku
Erti kekuatan
Terpancar kebanggaan
Dalam senyummu
Melihatku berjaya
Bilaku kegagalan
Tak kau biarkan
Aku terus kecewa
Dengan kata azimat
Engkau nyalakan semangat
Restu dan doa kau iringkan
Terbayang ketenangan
Yang selalu kau pamerkan
Bagaikan tiada keresahan
Tak dapatku bayangkan
Hidupku ayah
Tanpa engkau di sisi
Semua kasih sayang
Yang kau curahkan
Tersemat di hati
SAYANGGGGGG  ABAH... ILOVEU...

Friday, 8 June 2012

HATI... OH HATI...



Semua perkahwinan pasti akan ada masalah.

Ramai yang menghadapi masalah dalam perkahwinan seperti anda. Apabila melihat beberapa masalah yang kerap berlaku dalam perkahwinan, teknik-teknik yang mudah boleh dilakukan dalam kebanyakkan kes untuk menghentikan masalah ini daripada terus berpanjangan.

Antara masalah yang paling biasa dan kerap berlaku dalam perkahwinan ialah masalah kewangan, tidak mempunyai masa bersama yang cukup antara satu sama lain, masalah komunikasi, perbezaan pendapat dalam membesarkan anak dan juga masalah pasangan kurang romantik.

Apabila anda mengambil nasihat yang disenaraikan di bawah, anda akan mempelajari beberapa tips dan teknik mudah untuk menyelesaikan masalah-masalah perkahwinan yang kerap berlaku ketika ini.

1. Elakkan dari Pergaduhan Yang Tidak Adil
Tidak kira apa jua masalah yang berlaku dalam perkahwinan, ianya penting untuk anda membincangkannya dan menyelesaikannya dalam keadaan yang cukup bertolak-ansur dan saling memahami.

Perselisihan pendapat dalam apa-apa hubungan dan hubungan pasti akan terjadi. Namun, perselisihan itu perlulah berlaku dalam keadaan yang terkawal. Anda tidak perlu terlalu bersikap pentingkan diri sendiri atau terlalu mempertahankan diri anda.

Jangan sekali-kali mengungkit kembali kesilapan lalu pasangan anda. Fokus dan hanya berbincang isu yang sedang berlaku sahaja, bukannya isu-isu lama yang diungkit kembali. Anda juga tidak perlu mengkritik pasangan anda sama sekali.

Perselisihan dan perbezaan pendapat kadang-kala baik untuk perkahwinan sebagai asam garam kehidupan, tetapi berselisih pendapat dalam keadaan yang tidak adil dan mengikut nafsu amarah hanya akan membawa perasaan buruk dan fikiran negatif terhadap pasangan anda.

Apabila anda berbincang dengan aman dan adil, komunikasi antara pasangan akan lebih terbuka dan masing-masing akan sedar akan kesilapan atau kesalahan yang dilakukan, dan seterusnya dapat mencari penyelesaian bersama.

2. Sentiasa Memaafkan dan Melupakan Kesalahan Lalu
Bila-bila masa anda berhujah atau berselisih faham dengan pasangan anda, anda harus cuba untuk menyelesaikannya, memaafkan dan melupakan masalah tersebut.

Berbincang masalah semasa sahaja, bukan terbawa-bawa dengan masalah lampau dan cubalah untuk saling berfikiran terbuka semasa berbincang.

Setelah penyelesaian telah dipersetujui, lupakan masalah tersebut dan amalkan untuk saling memaafkan antara satu sama lain.

3. Jangan Mungkir Janji
Janji yang terungkap di bibir selalunya indah-indah dan manis-manis belaka, tapi apabila tiba masa untuk menunaikan janji-janji tersebut, anda gagal untuk melakukannya! 

Percayalah bahawa anda telah melakukan kesilapan besar dan jika tidak ditangani dengan betul, masalah ini akan mengganggu kesejahteraan perkahwinan anda.

Jadi, penting untuk kita tepati janji walaupun janji tersebut sekecil-kecil janji seperti berjanji ingin keluar makan bersama. Perlu diingat bahawa janji-janji kecil yang tidak ditepati juga boleh mengakibatkan kemusnahan hubungan anda.

4. ‘Dating’ Bersama Pasangan
Salah satu kaedah yang sangat berjaya dalam menyelesaikan masalah biasa dalam perkahwinan adalah dengan mengatur ‘dating’ semula dengan pasangan anda seolah-olah pertemuan pertama dahulu.

Teknik ini akan mengimbas kembali kenangan anda ketika anda mula-mula jatuh cinta. Anda akan ingat bagaimana rasanya untuk bersama-sama apabila anda pertama kali bertemu dan anda selalu bercakap tentang kegembiraan anda bersama pasangan.

Bercakaplah tentang kehidupan bersama pasangan anda. Luahkan segala perasaan anda terhadapnya. Amalan sebegini pasti akan memberi perbezaan yang besar dalam perjalanan perkahwinan anda, menuju bahagia yang abadi. 







''JAGALAH DIRI... HIASI PERIBADI...''























Tuesday, 5 June 2012

Koleksi Syasha (^_^)

Assalamualaikum semua...
Emm...dah lama rasanya lyea xbuat entry baru... rindu rasanya...maklumlah orang bz kononnya...hehehe... Sebenarnya hari nie sje nk mempublish ngan koleksi anak lyea... haaaa.. nie lh kerje dia, x abis2 ngan dia punya 'ANGRY BIRDS'  korang nk thu?? nie cuma diantara jer... belum semua... kalau dh kumpulkn semua  rasanya ada kot sebakol...hehehe.. Syasha ni sangat pantang kalau jumpe ni lah... mesti dia nk.. sampai terduduk2 kt kedai tu kalau xdibelikan... nasib baiklah x berapa nk mahal...


Haa, ni lh budaknya.... sikecil yg xpernah thu erti penat...selagi x tido,selagi tu lh dia akan aktif segalanya,begitu juga IQnya (i like) dan dia nie jugak lh xabis2 nk berposing utk bergaya...tengoklh nie...

Ape pon Alhamdulillah YA ALLAH... bersyukur kepadaMu,kerana telah kurniakanku anak yang comel,bijak dan pandai nie... I LOVE U MY PRINCES... kamu adalah segalanya....

Tuesday, 22 May 2012

FESYEN MUSLIMAH..

OBSES DENGAN FESYEN MUSLIMAH  DAN SOPAN..





baju ni nampak simple... tapi menarik.. sesuai digayakan dengan semua saiz..

blause.. mudah digayakan pada bila-bila masa...

wahhh... merah!!! i like... orang yang berani sahaja yang 
boleh mengayakan  baju warna merah seperti ini..



apa pon...gaya sopan lagi yang terbaik...
"sayangilah diri anda"

Sunday, 20 May 2012

Assalamualaikum wbt...
 salam sejahtera,salam kemesraan buat semua.. ..
perkenalkan wajah sicomel di bawah ini..
 SYASHA
anak kepada tuan punya blog ini...
COmeL tAk???
NAMA PENUH: NURISH SYASHA ANIESYA BINTI MOHD SUBARI
TARIKH LAHIR: 20.10.2009
MAKANAN KEGEMARAN: apa saja,asalkan ada UDANG...
MINUMAN KEGEMARAN : MILO ais...n fresh JUICE..
PERKARA YANG PALING DI GEMARI oleh sicomel ini ialah dia suka berGAYA dan berPOSING sakan,dan yang paling best dia ni suka berCERITA.. kekadang mama n papa dia yang bedekah...seronok melayan sikecil ni...syasha lah bintang hati mama dan papa...syasha juga lah pengubat tika duka kami...


itu sajalah buat hari ni..
sekian..wasalam....



Saturday, 19 May 2012

Assalamualaikum wbt...

Hari ini,adalah hari pertama menjadi seorang blogger... so saya memerlukan sahabat-sahabat untuk memberikan sokongan n follow blog saya...
kerjasama sahabat-sahabat amat saya hargai...

terima kasih..